Pages

Friday, 14 February 2014



Apa itu Western Union?
westernunion_logo
Mesti anda pernah dengar kan? Cuma tak pernah nak pakai je.. ianya melibatkan uruskan penghantaran kiriman wang dan penerimaan wang serata dunia. Nak tahu kat mana ada servis western union ni? biasanya ada di pejabat pos dan bank-bank terpilih seperti Ambank, CIMB, Agro Bank dan BSN. Selain Bank ada juga outlet yang berikan perkhidmatan western union seperti Alif Money Changer Sdn Bhd.
Boleh rujuk sini untuk senarai lengkap servis Western Union mengikut kawasan dan negeri. Dan ada juga outlet yang dibuka pada hari Sabtu & Ahad seperti Kuwait Finance Bank.
Bila Pihak Google Adsense akan inform kita sekiranya mereka sudah hantar wang..??
Anda boleh semak details pembayaran selepas minggu ke-3 pada bulan berikutnya. Sebagai contoh dibawah income bulan ogos sudah layak untuk dikeluarkan maka selepas minggu ke-3 bulan berikutnya anda kena alert dan sentiasa semak pada akaun adsense anda bahagian payment. Sekiranya dah ada perkataan “Payment Issued” maka wang anda sudah dihantar!
cara keluarkan duit google adsense
Sila klik “details” untuk butiran lanjut dan akan dipapaparkan seperti dibawah:
pendapatan google adsense
Dan anda juga digalakkan untuk klik “Statement of Earnings” untuk dapatkan butiran bukti pendapatan anda sebagai penerima.
duit dari blog google adsense
Dan sila PRINT statement ini dan bawa sekali ke bank bila nak keluarkan duit. Lain bank / outlet, lain caranya. Ada yang kadang-kadang tak percaya kita dapat duit dari Google, nanti banyak soal jawabnya. Better bawa je statement ini sebagai bukti. Habis cerita.. :)
So, bila dah ada butiran yang diperlukan, boleh lah pergi ke mana-mana cawangan western union. Saya tunjukkan contoh disini saya pergi ke AmBank. Time tu tak ramai orang, cepatlah sikit prosesnya.
Di Malaysia ni sangat popular orang gunakan western union sebagai cara nak HANTAR WANG. Dan sangat jarang sekali untuk TERIMA WANG. So, anda perlu tahu borang untuk terima wang adalah warna kuning. Kalau takde kat meja borang boleh refer kat kaunter cakap nak terima wang.
Dapat borang ni, terus lah isi sepertimana yang Google berikan butiran:
borang western union penerimaan wang google
So, ikut je lah contoh kat atas ni ye… pastikan MTCN number diisi dengan betul.. itu saja..
Dan hasilnya, dapat terus wang tunai..!! Cuba tengok, nampak macam sikit je USD290, sekali tukar ke Ringgit Malaysia x 3.19 = RM930
buat duit dengan google adsense

No comments:

Post a Comment